Perjalanan dalam Korporat

Perjalanan Dunia Korporat

Tengku Zafrul Aziz mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang perbankan, kewangan dan keusahawanan, di mana beliau memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dalam institusi kewangan terkemuka di rantau ini. Beliau memulakan kerjayanya di Arab Malaysian Merchant Bank sebelum memegang peranan penting di Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings. Beliau juga menceburi bidang keusahawanan dengan menubuhkan Tune Money Sdn Bhd, yang diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan kewangan dalam talian tanpa embel-embel pertama di Asia. Kemuncak kerjaya beliau adalah di CIMB Group Holdings Berhad, di mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif, selain memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad dan Presiden Komisaris PT Bank CIMB Niaga Tbk. Sepanjang tempoh tersebut, beliau menerajui Program Transformasi T-18 CIMB yang memacu kecemerlangan operasi, keuntungan, pendigitalan dan pertumbuhan serantau, selain memperkenalkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi seperti Biasiswa ASEAN CIMB, CIMB Cycle, penajaan Liga Bola Sepak Malaysia, CIMB PGA Classic dan program celik kewangan Be$MART.

Garis Masa Korporat

Beliau telah membina kerjaya yang cemerlang dalam sektor korporat, membuktikan bakat kepimpinan beliau, khususnya dalam bidang kewangan. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk garis masa berikut.

Mac 2020

Mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd.

September 2014

Dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebelum disahkan sebagai CEO CIMB Group Holdings Bhd.

Januari 2014

Memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Bersama Corporate Client Solutions di CIMB Investment Bank.

Jun 2010

Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Eksekutif Pemangku Ketua Perbankan Global di Maybank Kim Eng.

Januari 2009

Terpilih sebagai Pengarah Kumpulah Kenangan Holdings Bhd dan Pengarah di Kenanga Investment Bank Bhd.

Mac 2007

Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Tune Money Sdn Bhd.

April 2006

Memegang jawatan kanan sebagai Pengarah dan Ketua Perbankan Pelaburan di CITIGroup Malaysia.

April 2003

Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Kumpulan di Avenue Capital Resources Bhd.

September 2002

Menggalas tugas sebagai Pengurus bagi Perkhidmatan Pelanggan di CIMB Investment Bank.

Mac 2001

Dilantik sebagai Penasihat kepada Presiden Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Mei 1997

Menyertai Indosuez W.I. Carr Securities (kini Credit Agricole Indosuez) sebagai Pengarah & Penganalisa Pelaburan Kanan.

Jun 1996

Memulakan kerjaya sebagai Eksekutif Kewangan Korporat di Arab Malaysian Merchant Bank Bhd.