Belanjawan 2024 memperuntukkan RM6.8 bilion untuk memperkasakan TVET, termasuk RM100 juta bagi pensijilan dan insentif industri. Inisiatif seperti Akademi Dalam Industri oleh MPC menyediakan latihan sambil bekerja dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Graduan TVET menjadi buruan majikan kerana kemahiran praktikal, dengan sektor seperti automotif, elektronik dan kejuruteraan memerlukan tenaga kerja berkemahiran untuk menyokong pembangunan ekonomi.