Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kadar pertukaran ringgit bergantung kepada asas ekonomi negara dan turut dipengaruhi oleh kadar faedah di Amerika Syarikat. Beliau menjelaskan, selepas Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar pinjaman penanda aras kepada 4.0% berbanding Malaysia pada 2.5%, nilai ringgit akan dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan kadar faedah yang berlaku di AS, manakala keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah hak Bank Negara Malaysia. Also available in 'Utusan Sarawak', 'Sinar Harian'.