Kerajaan sedang mengkaji keberkesanan mekanisme subsidi bersasar bahan api sebelum pelaksanaan penuh, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz. Kajian ini penting untuk memastikan subsidi yang lebih adil dan memberi manfaat kepada rakyat, tanpa kesan buruk. Setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen dinikmati oleh golongan T20 berbanding hanya 15 sen untuk B40. Unjuran subsidi bahan api mencapai RM30 bilion tahun ini daripada keseluruhan RM70 bilion.