Misi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Forum Ekonomi Dunia (WEF) adalah menarik pelaburan ke Malaysia serta meneroka peluang perniagaan global bagi syarikat tempatan. Menteri Tengku Zafrul berkata, MITI bersama agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat terkemuka dunia di Davos. Forum ini bertujuan menangani krisis mendesak serta cabaran masa depan di tengah krisis geopolitik dunia.