KWSP melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli untuk memudahkan ahli membeli produk insurans dan takaful perlindungan hayat dan penyakit kritikal dengan premium serendah RM30 setahun. KWSP menyasarkan 300,000 ahli akan melanggan pelan ini, yang boleh diakses melalui portal i-Akaun. Dengan kerjasama beberapa syarikat insurans, KWSP bertujuan meningkatkan kadar penembusan insurans negara sambil membantu ahli mendapatkan perlindungan kewangan mampu milik.