Bajet 2022 memperuntukkan lebih RM31 bilion untuk subsidi, bantuan, dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, termasuk kawalan harga barang dan perkhidmatan. Antara inisiatif ialah lanjutan pengurangan caruman KWSP kepada 9% sehingga Jun 2022, pengecualian cukai jualan kenderaan CKD dan CBU, RM1.5 bilion untuk projek perumahan rakyat, serta Skim Jaminan Kredit Perumahan bernilai RM2 bilion untuk golongan berpendapatan tidak tetap.