Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, akan memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan. Ini bermakna, manfaat ekonomi daripada integrasi serantau akan dirasai oleh semua lapisan masyarakat, termasuk wanita, belia, dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan untuk memperkasa usahawan wanita dan membantu PMKS memanfaatkan peluang dalam pasaran ASEAN yang semakin berkembang. Dengan adanya pelbagai perjanjian perdagangan bebas dan inisiatif digital, diharapkan lebih banyak usahawan tempatan dapat mengembangkan perniagaan mereka di peringkat serantau.