Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyatakan bahawa mekanisme untuk sistem subsidi bahan api bersasar sedang dirancang sebagai penyelesaian holistik agar pelaksanaannya berjalan lancar. Kerajaan dalam proses memilih mekanisme tersebut dan akan dibentangkan kepada Kabinet. Sistem ini bertujuan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40, dengan matlamat menjimatkan kos subsidi, terutama dari golongan T20.