Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) 2030 tidak akan menjejaskan kepentingan pelaburan langsung domestik (DDI), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau menjelaskan, DDI telah mendominasi pelaburan yang diluluskan dengan RM1.3 trilion (64%) dari 2012 hingga 2021. Kemasukan Tesla ke Malaysia melalui program Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV GLI) akan memupuk keyakinan dalam sektor EV. Tesla dikenakan syarat untuk menggunakan 80% tenaga kerja tempatan dan berkolaborasi dengan institusi serta syarikat tempatan.