Kementerian Kewangan menganggarkan bahawa bencana banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang melanda pada bulan Disember lalu telah menyebabkan pengurangan nilai pengeluaran sektor ekonomi antara RM4 bilion hingga RM8 bilion. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan bahawa walaupun bencana tersebut memberi impak kepada aktiviti ekonomi, terutamanya di kawasan yang terjejas, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih kekal antara 3.0 hingga 4.0 peratus untuk keseluruhan tahun 2021.