MITI telah mewujudkan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) di MIDA sebagai pusat sehenti untuk urusan pelaburan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih. IMFC bertujuan mempercepatkan proses kelulusan, menyediakan perkhidmatan rundingan serta mengurangkan birokrasi. Inisiatif ini juga disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi, selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Also available in 'Sinar Harian', 'Utusan Sarawak'.