Kripto seperti bitcoin dan ethereum tidak diiktiraf sebagai mata wang sah di Malaysia dan bukan instrumen pembayaran dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul. Beliau menyatakan aset digital tidak sesuai sebagai medium pembayaran kerana turun naik harga dan risiko keselamatan. BNM sedang mengkaji potensi mata wang digital bank pusat (CBDC) dan teknologi lejar teragih untuk meningkatkan pembayaran rentas sempadan melalui Projek Dunbar.