KUL2 bakal menjadi pusat data terbesar milik Vantage Data Centers di rantau Asia Pasifik (APAC) setakat ini. Syarikat penyedia pusat data berskala besar berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu mem-peroleh 14.16 hektar tanah dari Cyberview dengan keupayaan se-hingga 256 megawatt (MW) pada kapasiti penuh. Dengan keluasan lapan kali ganda lebih besar dari kampus pertama, kampus itu dapat me-nampung pelaksanaan 'cloud' dan keerdasan buatan (AI), serta menyokong teknologi penyejukan cecair untuk menyokong kepada-tan kuasa tinggi dan aplikasi in-tensif data.


