Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bekerjasama dengan kementerian dan agensi relevan seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir di Malaysia Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, menerusi kerjasama itu semua pihak akan merangka perancangan yang sewajarnya untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir Malaysia.