Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan pemberian geran kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda pada Disember lepas. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian sedang menantikan senarai nama usahawan yang terlibat daripada SME Corp.