Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyatakan kerajaan masih mempunyai peruntukan RM305 bilion bagi memulihkan ekonomi negara dan menangani impak Covid-19 sehingga akhir tahun 2021, termasuk RM205 bilion daripada Belanjawan 2021. Selain itu, pakej PEMERKASA Tambahan RM40 bilion dan pelbagai inisiatif seperti Jendela dan Dana Kredit Mikro sedang dilaksanakan. Beliau juga mengakui ekonomi negara terkesan akibat penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi sehingga 14 Jun.