Kerajaan dijangka menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK tahun ini daripada 6-7.5% kepada sekitar 4% berikutan sekatan pergerakan untuk membendung Covid-19. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan defisit fiskal dijangka meningkat kepada 6.5-7%, berbanding unjuran sebelumnya 6%. Selain itu, kerajaan merancang membuka lebih banyak sektor ekonomi secara selamat dan akan membawa usul meningkatkan had siling nisbah hutang negara kepada 65% dalam sidang Parlimen akan datang.