Kerajaan akan mengumumkan pemberian moratorium dan i-Sinar dalam masa terdekat bagi membantu golongan terjejas akibat PKP 3.0. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengesahkan perkara ini selepas berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi berkaitan. Ini memberi harapan kepada rakyat yang mengharapkan bantuan moratorium automatik dan pengeluaran KWSP diteruskan. Selain itu, Menteri Penyelaras Vaksin Covid-19, Khairy Jamaluddin, juga menyatakan akan ada pakej bantuan ekonomi besar yang diumumkan.