Tengku Zafrul beramah mesra dengan petugas Bank Simpanan Nasional (BSN) semasa melawat UTC Kota Bharu. Beliau menyatakan bahawa kebenaran untuk pengeluaran tambahan mungkin menyebabkan lebih ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersara di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Menurut Menteri Kewangan itu, hampir separuh daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, di mana 55 peratus daripadanya adalah Bumiputera.