Sabah mempunyai potensi yang besar untuk memajukan pembangunan dan memanfaatkan sumber-sumber yang ada, khususnya sebagai hab ekonomi serantau di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa negeri ini merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia, selain memiliki sumber minyak dan gas, serta kawasan perladangan kelapa sawit dan hutan yang luas.