Rakyat Malaysia akan menikmati lebih banyak pilihan dan akses yang lebih bermakna kepada perkhidmatan kewangan melalui pelancaran Pelan Sektor Kewangan 2022-2026. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelan ini dijangka mempercepat pendigitalan sektor kewangan, memperkukuh ekosistem pembiayaan untuk memenuhi keperluan ekonomi negara, serta memperluaskan penggunaan amalan kelestarian dan kewangan hijau. Beliau turut menantikan kemasukan bank digital serta penyedia insurans dan takaful digital.