Mesyuarat pertama Majlis Pemulihan Negara (MPN) turut menjemput wakil parti pembangkang menjadi ahli majlis itu. Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang juga Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata langkah itu selaras dengan pendekatan PPN yang berlandaskan prinsip kolaborasi, inklusif dan membabitkan penyertaan menyeluruh.