Selepas setahun berhadapan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan empat pakej rangsangan ekonomi, kerajaan berjaya menyelamatkan 2.7 juta pekerjaan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bernilai RM14.4 bilion.Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain itu, kerajaan juga berjaya mengurangkan kadar pengangguran dari 5.3 peratus pada Mei 2020 ke 4.8 peratus pada Disember 2020.