Tiga pihak merangkumi Digital Nasional Bhd (DNB), Ericsson dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengumumkan kerjasama bagi melancarkan inisiatif pendidikan 5G yang memberi pendedahan kepada penuntut dalam aspek berkaitan serta teknologi bahar u. Di bawah memorandum persefahaman yang dimeterai itu, Ericsson membuka platform Ericsson Educ at e untuk akses penuntut UTM mempelajari aspek berkaitan bahan teknologi utama berkenaan.