Kementerian Kewangan sedang memperincikan bantuan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk menyokong rakyat dan perniagaan menghadapi cabaran mendatang. Bantuan sedia ada, termasuk Pemerkasa Plus, diteruskan bagi meringankan beban semasa PKP 3.0. Antara inisiatif ialah moratorium pinjaman automatik tiga bulan atau pengurangan bayaran 50% selama enam bulan. PPN dilaksanakan secara berfasa dengan pemantauan indikator utama seperti kes harian, kapasiti ICU, dan vaksinasi.