Dalam usaha mengawal kenaikan kadar inflasi, kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk memperhalusi dasar secara menyeluruh dan bersepadu. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa kerajaan akan terus memperkukuh asas ekonomi negara untuk menstabilkan ringgit daripada ancaman luar. Baru-baru ini, ibu kota penuh sesak dengan pelbagai lapisan masyarakat.