Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan pada tahun 1951 sebagai simpanan hari tua pekerja negara. Namun, buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan Malaysia pada 2020 telah mengadakan program pengeluaran khas i-Lestari bagi membantu ahli KWSP mengatasi kesan Covid-19 ke atas ekonomi. Ini disusuli dengan i-Sinar dan i-Citra. Keizinan luar biasa ini diberi memandangkan adanya situasi luar biasa yang berlaku iaitu pandemik global yang juga melanda Malaysia.