Keadaan ekonomi negara yang teruk akibat pandemik Covid-19 dijangka akan berakhir selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan sebanyak 3.1 peratus untuk tahun lalu, serta pelaburan langsung asing (FDI) yang mencapai RM50 bilion, lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan sebanyak 3.1 peratus bagi tahun 2021, selaras dengan sasaran yang ditetapkan antara 3 dan 4 peratus.