
Kementerian Kewangan ingin menekankan bahawa sektor perbankan secara keseluruhan, termasuk bank-bank yang terlibat dalam isu hutang tidak bercagar Genting Hong Kong Ltd, kekal berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran operasi perniagaan semasa. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan bahawa isu pinjaman tanpa cagaran bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sektor perbankan, dan pengisytiharan muflis Genting Hong Kong amat dikesali.

