Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, memberi amaran bahawa jika kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara berterusan, lebih ramai rakyat akan bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Kini, separuh daripada ahli KWSP mempunyai simpanan di bawah RM10,000, dengan 55 peratus daripadanya adalah Bumiputera. Selain itu, 79 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan kurang RM1,000. Tengku Zafrul menegaskan bahawa kerajaan komited untuk menjaga kebajikan golongan B40 dan M40 serta telah memperuntukkan lebih RM31 bilion dalam Belanjawan 2022 untuk bantuan subsidi.