Kementerian Kewangan mengumumkan pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka dari semalam hingga 31 Januari ini. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan BKM 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion, meningkat daripada RM7 bilion pada tahun lalu. Data bantuan terdahulu akan dibawa ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan. Pemohon boleh mendaftar dan mengemas kini maklumat di portal rasmi BKM atau secara manual di cawangan LHDN bermula 3 Januari.