Nilai eksport industri aeroangkasa Malaysia dijangka meningkat kepada RM23.76 bilion tahun ini, mencatat kenaikan 15 hingga 20 peratus berbanding RM19.8 bilion tahun lalu, disokong oleh pertumbuhan tempahan syarikat tempatan. Menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga mengumumkan CTRM memperoleh kontrak pembuatan komponen Airbus bernilai RM6.64 bilion untuk tempoh 2022 hingga 2030, yang akan menambah 300 hingga 400 tenaga kerja teknikal dan meningkatkan peluang untuk PKS melalui rantaian bekalan domestik.UNJUR NILAI EKSPORT INDUSTRI AEROANGKASA RM23.76B TAHUN INI
Nilai eksport industri aeroangkasa Malaysia dijangka meningkat kepada RM23.76 bilion tahun ini, mencatat kenaikan 15 hingga 20 peratus berbanding RM19.8 bilion tahun lalu, disokong oleh pertumbuhan tempahan syarikat tempatan. Menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga mengumumkan CTRM memperoleh kontrak pembuatan komponen Airbus bernilai RM6.64 bilion untuk tempoh 2022 hingga 2030, yang akan menambah 300 hingga 400 tenaga kerja teknikal dan meningkatkan peluang untuk PKS melalui rantaian bekalan domestik.

