Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Tesla Inc (Tesla) dijadualkan mengadakan pertemuan khas pada 22 Ogos ini. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perjumpaan di Ibu Pejabat MITI itu diadakan bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung dakwaan pembatalan perancangan membangunkan kilang di Asia Tenggara termasuk di negara ini.


