Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemuka-kan cadangan Belanjawan 2025 kementerian itu secara rasmi kepada Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2024. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (gambar) ber-kata pada 5 dan 6 Ogos, MITI akan mengadakan mesyuarat dengan pemegang taruh untuk mengumpulkan pelbagai cadangan dan pandangan daripada pemain industri.. "Pihak MITI ada beberapa cada-ngan tetapi seperti saya tegaskan, ia perlu melibatkan pemegang taruh yang lain, ter-utamanya pihak industri dan dewan perniagaan. "Kami mahu men-dengar panda-ngan mereka dan idea belanjawan mereka seperti diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pasti-kan ada sesi libat urus dengan semua pemegang taruh," katanya selepas Persidangan Ekonomi & Kewangan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, semalam.

Also available in "Utusan Borneo Sabah".