Geran Khas Prihatin GKP) 3.0 dijangka dimanfaatkan hampir 1.2 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, membabitkan peruntukan RM1.2 bilion dengan bayaran pertama bermula Jun ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan, khususnya PKS mikro tempatan menerusi GKP 3.0.