Bantuan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) sedang diperincikan dengan kajian lanjut untuk membantu rakyat dan perniagaan menghadapi cabaran mendatang, kata Tengku Zafrul. Bantuan seperti Pemerkasa Tambahan akan diteruskan, termasuk moratorium pinjaman automatik dan pengurangan ansuran. PPN akan dilaksanakan berfasa bergantung kepada indikator kes jangkitan, penggunaan ICU, dan vaksinasi. Setakat Jun 2021, pelaburan yang diluluskan mencapai hampir RM100 bilion.