Kerajaan dijangka menyediakan peruntukan subsidi hingga RM8 bilion tahun ini untuk mengekalkan harga bahan api dan minyak masak, berikutan kenaikan harga komoditi global. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata peruntukan subsidi ditingkatkan dari RM3.78 bilion kepada RM8 bilion berdasarkan harga pasaran semasa. Kerajaan juga mengekalkan harga petrol RON95, diesel, LPG, dan minyak masak bersubsidi untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dan perniagaan.