Kerajaan telah menyalurkan RM66 juta kepada 13,865 PKS dan syarikat di peringkat pertengahan untuk langganan perkhidmatan digitalisasi setakat 14 Mei 2021. Selain itu, RM421.2 juta telah disalurkan melalui pembiayaan mikro kredit Pelan PENJANA untuk 12,666 PKS mikro. Inisiatif lain termasuk bantuan khas RM3,000 untuk lebih 5,000 agensi pelancongan dan RM600 untuk pengusaha homestay. Kerajaan juga menyediakan RM400 juta sokongan kepada industri pertanian dan makanan.