Kerajaan mengumumkan bahawa Sukuk Prihatin yang dilancarkan pada 22 September 2020 telah mencapai tempoh matang dua tahun. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengucapkan penghargaan kepada 95 pemegang sukuk yang memilih untuk menyumbang amaun prinsipal mereka kepada kerajaan. Sumbangan bernilai RM2,599,400 akan disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana 1 untuk menyokong pembaikan infrastruktur dan bantuan kewangan kepada mangsa bencana alam.