Kerajaan berpendapat bahawa sebarang sistem percukaian baharu, termasuk cadangan pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tidak mungkin dilaksanakan pada tahun ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menjelaskan bahawa pengenalan cukai baharu perlu melalui proses tertentu, termasuk libat urus dengan rakyat dan pembentangan di Parlimen terlebih dahulu.