Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun ini memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion, meningkat dari 8.6 juta penerima dengan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tahun lalu. Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini BKM dibuka dari semalam hingga hujung bulan ini untuk membolehkan mereka yang layak dan penerima sedia ada membuat permohonan dan kemas kini maklumat. Data penerima BPR dan Bantuan Khas Covid juga akan dibawa secara automatik untuk semakan kelayakan. Pemohon boleh merujuk portal rasmi BKM untuk maklumat lanjut.