Sejumlah 64,773 pencarum aktif yang terdiri daripada rakan penghantar barangan (p-hailing) seperti Grab Malaysia dan Food Panda berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) setakat 9 Julai lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata jumlah itu merangkumi 39 peratus daripada jumlah orang bekerja sendiri (OBS) aktif yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu kira-kira 166,000 orang. Also available in 'Utusan Sarawak', 'Berita Harian'.