Tesla dikenakan empat syarat kemasukan ke Malaysia: memasang pengecas pantas DC yang boleh digunakan oleh jenama lain, menggaji sekurang-kurangnya 80% tenaga kerja rakyat Malaysia, bekerjasama dengan 10 pusat pengajian tinggi atau TVET untuk pemindahan pengetahuan, dan bekerjasama dengan 10 syarikat tempatan untuk rangkaian pengecasan. Kehadiran Tesla dijangka memacu ekonomi dan memberi manfaat kepada PKS tempatan dalam ekosistem EV.